Hai guys, lama dah tak update blog huhu. Entry kali ni saya khususkan untuk menyampaikan antara tips yang boleh diguna pakai sepanjang menuntut ilmu di matriks mengikut pengalaman saya serta rakan2 yang lain cewaaahhh hehe
Kepada korang yang mungkin tengah sambung kat matriks, atau baru nak masuk matriks, and tak lupa juga kepada yang baru nak apply matriks tu, HAAAAA confirm korang pernah dengar desas desus yang mengatakan matriks susah. Betul ke tu? Jangan risau ye korang! Sebab matriks ni tak susah pun . Chill gais
Haaaa ni saya nak bagi tips untuk mudahkan korang survive dekat matriks
1) FOKUS DALAM KELAS TUTORIAL
For those who don't know, kat matriks ni ada kelas kuliah, kelas tutorial and lab. Kuliah tu untuk pembelajaran jenis one way communication je tau which is lecturer terangkan isi bab dan lecture notes siap disediakan untuk korang (kalau korang bertuah ler dapat lecturer macam tu sebab ada ja jenis lecturer suruh salin sendiri masa lecture haa padan muka) , kelas tutorial pula kelas untuk korang buat latihan dan latihan sampai korang nak muntah and lecturer selalunya takkan explain balik pasal bab tu sebab dia expect korang dah tau masa lecture, lab pula khas untuk korang buat eksperimen. Tapi mesti korang pelik kan kenapa saya tekankan kelas tutorial je. Haa sebabnya adalah masa tu adalah peluang korang untuk tau soalan2 femess yang selalu keluar exam and peluang keemasan korang untuk bertanya dan bertanya kepada lecturer kalau korang tak faham sesuatu. Dalam kelas tutorial ni lah korang boleh belajar cara menjawab soalan lagipun jangan lupa "Practice makes perfect" tauuuu. Ada je kawan sekelas saya tidur masa lecture tapi fokus masa tutorial and guess what? Dia dapat 4Flat wahhh psstt tapi tidur tak digalakkan ye HAHA
2) JANGAN KEDEKUT ILMU
Hmmm tips ni rasanya di mana2 pun kena amalkan. Rajin-rajinkanlah berkongsi ilmu dengan rakan, roommates dan sebagainya. Kita tolong orang, orang pun tolong kita ! Haaaa tapi jangan pula tak ikhlas ye asyik harapkan balasan. Bila kongsi2 ilmu ni, dengan izin Tuhan, kita turut dipermudahkan semasa belajar. Saya dengan sorang rakan saya ni pun kongsi2 maklumat semasa belajar, and thanks God result kami sama untuk kedua2 sem iaitu menghampiri 4Flat. Nah korang try lah sendiri kalau tak percaya hehehe
3) BUAT SOALAN PAST YEAR PSPM
Tips ni SANGAT penting bagi saya sebabnya soalan past year banyak membantu. Haaa rajinkan lah check2 KCCI tu , tengok dah jual ke belum soalan past year ye. Buat banyak2 untuk setiap tahun at least buat set soalan untuk 5 tahun berturut-turut . Percayalah korang mula2 je rasa soalan tu susah tapi lama kelamaan korang akan rasa agak senang sebab balik2 pattern soalan tu sama jer. Tips ni pun berguna juga untuk biasakan korang dengan soalan PSPM supaya korang tak terkejut and blank masa hari peperiksaan .
4) JANGAN PANDANG REMEH KUIZ ATAU UJIAN
Saya selitkan tips ni sebab masa batch saya agak ramai yang pandang remeh kuiz yang dijalankan. Jadi kita ambil iktibar dari mereka ye. Kenapa saya kata jangan pandang remeh? Sebabnya kuiz ni lah satu satunya peluang untuk korang uji tahap diri korang . Ambil peluang ini dan anggap seperti PSPM yang sebenar agar korang dapat tau sejauh mana persediaan korang dan kefahaman korang terhadap subjek tersebut. Tips ni berguna juga untuk mengelakkan korang tersenarai dalam pelajar lemah bagi subjek tersebut sebabnya selalunya unit bagi subjek tersebut akan buat macam2 aktiviti khas untuk para pelajar yang lemah bagi subjek itu bagi meningkatkan markah mereka. HAAAA korang nak ke busy join itu ini sedangkan rakan anda yang lain goyang kaki je study kat bilik jengjengjeng
5) JAGA HUBUNGAN DENGAN LECTURERS
Yes . Ini memang telah dididik sejak azali lagi. Tapi jangan sampai mengampu lecturers pula ye hiks. Jaga hubungan baik supaya sentiasa dapat berkat dan nescaya ilmu korang dihalalkan. Lagipun tips ni penting supaya korang senang jumpa lecturers untuk tanya soalan. HAAAA ADIK2 rajin-rajinkanlah set appointment dengan lecturers sebab korang akan lebih mudah , I mean SANGAT mudah memahami sesuatu topik kalau consult personally dengan lecturers. Macam salah sorang lecturer saya, Sir Anwar hehe dia siap lakarkan simple notes physics untuk saya sambil explain and trust me saya belajar dari situ je but still dapat score dalam subjek fizik weh. Thankyou so much Sir!
Okay sekian sahaja tips dari saya. Lima tips ringkas tapi diharapkan dapat bantu korang ye. Thanks for reading and wish you all the best for matriculation. lots of love !
No comments:
Post a Comment