Pertama sekali , apa yang patut dibawa ke KML?
Untuk minggu orientasi bagi batch saya iaitu 17/18, pelajar diarahkan memakai baju berkolar dan berlengan panjang. Namun, jangan risau ya sebab anda masih boleh memakai baju tanpa kolar serta berlengan pendek asalkan pakaian bersopan. Jangan lupa bawa sandal serta kasut bertutup . Pelajar adalah tidak dibenarkan merayau-rayau di sekitar KML menggunakan selipar kerana selipar hanya dibenarkan untuk digunakan ke tandas . Manakala kasut bertutup pula penting kerana pelajar diwajibkan outing menggunakan kasut bertutup . Jika anda memakai kasut tidak bertutup, jangan mengeluh ye kerana anda dijamin akan diarahkan balik ke bilik untuk tukar kepada kasut bertutup oleh pengawal-pengawal di gate. :)
Baju kuliah pula bagi lelaki wajiblah berkemeja lengan panjang serta berseluar slack. Bagi perempuan pula bolehlah memakai baju kurung , ataupun baju kemeja dan berskirt panjang. Skirt ketat atau skirt paras lutut adalah tidak dibenarkan sama sekali. Kasut kuliah pula mestilah bertutup dan seboleh bolehnya berwarna hitam.
Contoh baju kuliah. Mereka ialah classmates kesayangan saya. hehe hello you guys im posting our picture :') |
Kipas kecil atau portable fan pula dinasihatkan untuk dibawa kerana Labuan sangat panas ye haha. Dewan kuliah juga boleh dikatakan sering buat hal kerana aircond nya selalu rosak jadi sediakan payung sebelum hujan hehe.
Saya punya yang warna pink! Hehe |
Buku-buku rujukan pula? Rasanya tidak perlu sebab nota yang diberikan oleh lecturers sangat lengkap dan lebih dari cukup. Thankyou lecturers yang penyayang dan caring! Yes they are like friends and parents at the same time so hargailah lecturers disini ya :)
Bantal dan tilam pula sememangnya disediakan ye. Anda hanya perlu bawa cadar. Terdapat 4 buah blok perempuan (Blok A, Blok B, Blok C, Blok D) serta 2 buah blok lelaki (Blok E, Blok F) di KML. Setiap bilik akan ada 4 orang dan setiap orang dilengkap dengan sebuah meja study yang disertakan lampu meja serta sebuah locker.
Ini adalah katil saya pada hari terakhir saya di sini. |
Olait
ReplyDeleteHello. Nk tnya perempuan boleh ke guna bju collar lengan pjng dgn seluar slack pegi kuliah etc. Sbb snarai keperluan ada tulis yg perempuan blh bwa seluar slack.
ReplyDeleteKlau kita dpt tawaran dlm kursus sains , n yg sya thu , sains ada 3 modul , yg modul tu kita pilih sendiri kan? I need help about thisππππ
ReplyDeleteYup, nanti akan ada sedikit briefing pasal modul tu, then kita decide nak pilih mana satu
DeleteBoleh ka pakai bju kemeja + sluar slek klau prmpuan nonmuslim?
ReplyDeleteEem hii akak... Kat KML ada budak jurusan sains asal dari Sarawak tak?
ReplyDeleteHiii. Kat kml banyak ja pelajar dari Sarawak utk both jurusan sains dan perakaunan. Jumlah pelajar Sabah dan Sarawak lebih kurang sama rata ja situ
DeleteAssalamualaikum kak...
ReplyDeleteAda tak kedai pharmacy/drugstore dekat dgn kolej ? Like watsons , guardian ,Caring begitulah
Sebab sy perlu beli cream for my sensitive hands ( they're really nipis and sensitive sampai hilang cap jari �� ) Tapi sy tak nk stock byk dulu sebab mahal , I want to save the money to buy something else useful ��
Thanks in advance kak !!
Hi! Alamak rasanya takda lah hmm setau sy last 2018 dulu, drugstore ada kat bandar je. Yang pharmacy tuk pun tak sure pula. Sorry eh tak berapa membantu jawapan sy ni π
DeleteHi Kak! Nak tanya yg muslim boleh ka pakai baju kemeja dan seluar slack??? Sebab yg sebelum ni untuk nonmuslim
ReplyDelete