Pertama sekali , apa yang patut dibawa ke KML?
Untuk minggu orientasi bagi batch saya iaitu 17/18, pelajar diarahkan memakai baju berkolar dan berlengan panjang. Namun, jangan risau ya sebab anda masih boleh memakai baju tanpa kolar serta berlengan pendek asalkan pakaian bersopan. Jangan lupa bawa sandal serta kasut bertutup . Pelajar adalah tidak dibenarkan merayau-rayau di sekitar KML menggunakan selipar kerana selipar hanya dibenarkan untuk digunakan ke tandas . Manakala kasut bertutup pula penting kerana pelajar diwajibkan outing menggunakan kasut bertutup . Jika anda memakai kasut tidak bertutup, jangan mengeluh ye kerana anda dijamin akan diarahkan balik ke bilik untuk tukar kepada kasut bertutup oleh pengawal-pengawal di gate. :)
Baju kuliah pula bagi lelaki wajiblah berkemeja lengan panjang serta berseluar slack. Bagi perempuan pula bolehlah memakai baju kurung , ataupun baju kemeja dan berskirt panjang. Skirt ketat atau skirt paras lutut adalah tidak dibenarkan sama sekali. Kasut kuliah pula mestilah bertutup dan seboleh bolehnya berwarna hitam.
Contoh baju kuliah. Mereka ialah classmates kesayangan saya. hehe hello you guys im posting our picture :') |
Kipas kecil atau portable fan pula dinasihatkan untuk dibawa kerana Labuan sangat panas ye haha. Dewan kuliah juga boleh dikatakan sering buat hal kerana aircond nya selalu rosak jadi sediakan payung sebelum hujan hehe.
Saya punya yang warna pink! Hehe |
Buku-buku rujukan pula? Rasanya tidak perlu sebab nota yang diberikan oleh lecturers sangat lengkap dan lebih dari cukup. Thankyou lecturers yang penyayang dan caring! Yes they are like friends and parents at the same time so hargailah lecturers disini ya :)
Bantal dan tilam pula sememangnya disediakan ye. Anda hanya perlu bawa cadar. Terdapat 4 buah blok perempuan (Blok A, Blok B, Blok C, Blok D) serta 2 buah blok lelaki (Blok E, Blok F) di KML. Setiap bilik akan ada 4 orang dan setiap orang dilengkap dengan sebuah meja study yang disertakan lampu meja serta sebuah locker.
Ini adalah katil saya pada hari terakhir saya di sini. |